KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan dua kertas siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda, di sini, pada 27 Jan lalu, telah hampir siap dan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya, Rabu ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata kertas siasatan tersebut akan dirujuk untuk penelitian sebelum menunggu arahan tindakan lanjut daripada pihak pendakwaan.
"Setakat ini seramai 14 individu telah dipanggil dan selesai memberi keterangan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Pada 27 Jan lalu, dua perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang telah diadakan di hadapan Kedutaan Belanda di Persiaran KLCC dan Kedutaan Sweden di Jalan Mayang Sari, di sini bagi membantah dan mengutuk tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar al-Quran.
Seramai 80 orang diianggarkan menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Belanda, manakala hampir 400 orang lagi menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden bagi membantah tindakan biadap itu.
Paludan yang juga pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line ketika menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm pada 21 Jan lalu, telah bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.
Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023
Datuk Azmi Abu Kassim, berkata kertas siasatan tersebut akan dirujuk untuk penelitian sebelum menunggu arahan tindakan lanjut daripada pihak pendakwaan. - Gambar fail
Lelaki maut dipanah petir ketika tidur atas buaian
Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun maut dipanah petir ketika sedang tidur di atas buaian di pondok rehat di hadapan rumahnya.
Cuaca panas boleh sebabkan sakit kulit
Lembaga Tabung Haji (TH) mengulangi nasihat kepada jemaah haji supaya menjaga kesihatan diri termasuk penjagaan kulit kerana cuaca panas menyebabkan jemaah mudah mendapat penyakit kulit seperti ruam dan gatal-gatal yang akan menggangu tumpuan kepada beribadah.
Hutan semula jadi berisiko ditebang di Malaysia
Pemerhati alam sekitar, RimbaWatch mendakwa 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang membabit 16 peratus daripada baki litupan hutan di Malaysia.
Malaysia teraju penggunaan dompet mudah alih - Tinjauan
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli-belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.
[TERKINI] Kementerian serius laporan RimbaWatch
NRECC meneliti laporan sebuah badan pemerhati alam sekitar yang mendakwa kira-kira 3.2 juta hektar hutan semula jadi di negara ini.
[TERKINI] Rakyat Malaysia pengguna dompet mudah alih tertinggi di dunia
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan itu untuk membeli belah.
Mohon segera kad fleet - Fuziah
Pemilik kenderaan pengangkutan barangan diingatkan supaya memohon segera kad fleet bagi memastikan mereka dapat menikmati subsidi diesel selepas kerajaan melaksanakan subsidi bersasar kelak.
42 kematian akibat komplikasi
42 kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan di seluruh negara sejak awal tahun ini.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
SPRM reman Pengarah Urusan, ubah status Tanah Rizab Melayu
SPRM menahan reman seorang pengarah urusan syarikat kerana disyaki memberi rasuah bagi mengubah status Tanah Rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu.
Kertas siasatan himpunan bantah bakar al-Quran diserah kepada pendakwa raya, Rabu ini
Polis mengesahkan dua kertas siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda, hampir siap.